jump to navigation

Anekdot

Anekdot…dot….dot….

Perhatian kepada pengunjung webblog PSSSMKBSP…

Ruangan ini harus dibaca seadanya dan ia memang sengaja tidak dibuat secara formal mengikut hukum tatabahasa yang perakukan oleh penyimpan mohor DBP. Justeru jangan ada prasangka atau buruk sangka jika terdapat patah-patah ayat yang kelihatan lain dari biasa.  Apa yang dipaparkan dalam ruangan ini adalah bersifat peribadi, jadi janganlah ada yang nak menyamannya pulak nanti. Sebenarnya ruangan inilah yang menggambarkan siapa sebenarnya webblogernya yang memang gila-gila bahasa. Maklumlah bila bekerja dengan Ustazah kenalah jadi Raihan sekejap, siap tangan kat dada lagi tau.

Alkisah bermulalah cerita webblogger ini

     Sebenarnya dari segi titih keturunan webblog ini ‘terpaksa’ diadakan selepas telinga dan mata Abewe malu apabila berjumpa dengan Mem besar. Memang sewajarnya sebuah sekolah yang sudah terkenal seantero Malaysia dek PSSnya yang ala-ala cemerlang tu memiliki laman web sendiri. Bukan tidak buat, sumpah Abewe buat dalam bentuk frontpage, tapi bila tiba nak upload, banyak pulak karenahnya, banyak pula simpang-siurnya dan Abewe pun mulalah naik fed-up. Nak minta tolong guru-guru ICT pulak, masing-masing sibuk dengan pelbagai tugasan. Maklumlah, sebuah laman web apalah sangat ya….Jadi dalam keadaan meraba dan merangkak Abewe cuba kenen-kenen pakai blog WordPress. Hasilnya mungkin tak sama dengan laman web yang merelip-relip tu. Tapi rasanya matlamat sudah tercapai sebab sekarang ni bukan warga sekolah sahaja yang menatap webblog ini, entah-entah Britney Spears pun pernah tengok, mana tau kan! Kepada Ustazah (Mem besar), Abewe minta maaf sebab mungkin web blog ini tidak mencapai piawaian yang diluluskan oleh ISO mahupun SIRIM. Abewe tau sangat Ustazah ni suka yang ‘beghadong2″ dan merelip-relip, kalau tak caya cuba tengok brochure… memang sah!

 

Ustazah, Ratu Brosur…. opps! tak sayang molottt!

His, jahat betul mulut ni, ada ke patut boss sendiri pun kutuk. Asalamualaikum ustazah! maaf ya, bukan saja-saja nak kata tapi memang betul tau. Saya rasa ramai yang setuju ngan Abewe ni. Yalah dulu nak jumpa brosur kena tungu Hari Anugerah atau hari-hari lain yang besar2 tu, tapi sejak dua menjak ni, semua pakai brosur. Kalau tak caya cuba tengok foto kat atas tu (tengah dok usha brosur la tu). Ada juga yang marah kat Abewe kononnya Abewelah yang memandai-mandai sampai buat kursus untuk  brosur lagi. Dah ada ilmu buat apa kedekut nak kongsikan. Cerita bab brosur ni, mengikut Donald Trump (Jutawan) dalam program “The Apparentice”, brosur merupakan ‘first impression’ sesebuah organisasi. Orang menilai keberkesanan produk berdasarkan brosur. Abewe tak tahulah pulak sama ada Ustazah ni peminat DT tu, harap-harap janganlah sampai anak-anak dara kita dibrosurkan pulak nanti ya.

Kak Rusiah turut naik ‘syeh’

Akak kita sorang ni boleh tahan juga komitmennya terhadap PSS. Kalau sebelum ini kelibatnya jarang-jarang muncul di PSS, tapi sejak bulan Jun hampir setiap masa dia akan datang melawat PSS dan memberi idea malah sanggup bersekang mata bersama AJK yang lain hingga ke petang. Khabarnya dia teruja melihat banyak ‘wind of change’, lebih-lebih lagi gabungan AJK PSS yang mantap dan sentiasa positif. Oleh itu apabila PSS ingin mengadakan Pameran Seni Warisan, beliau turut membawa alat-alat purbakala yang masih tinggi nilai sentimentalnya untuk dipamerkan. Kita berharap jika ditakdirkan beliau menjadi pengetua, teruskanlah sifat proaktif dan positif untuk membina sebuah lagi PSS cemerlang di Kedah.

Kak Ani (GKM Bahasa) yang penuh komited

Bukan niat untuk memuji tetapi itulah hakikatnya apabila melihat komitmen dan sikap proaktif Kak Ani dalam merealisasikan PSS cemerlang. Dia di antara pentadbir dan rakan yang tidak pernah berkira tetang masa, tenaga dan wang semata-mata untuk menceriakan PSS. Keikhlasannya membantu hanya Allah jua yang mampu membalasnya. Boleh dikatakan keseluruhan idea, konsep dan dekorasi PSS datangnya daripada lontaran idea beliau bersama rakan-rakan pentadbir dan AJK PSS yang lain. Lebih sebulan Kak Ani pulang lewat petang dan meninggalkan keluarga tercinta semata-mata untuk memastikan segala-galanya berjalan dengan lancar. Ujian paling getir adalah apabila emaknya dimasukkan ke unit ICU di hospital dan saya benar-benar terasa kehilangannya. Lebih menyedihkan apabila ibunya meninggal dunia sehari sebelum kehadiran penilai PSS cemerlang. Semoga roh ibunya dicucuri rahmat Allah SWT.

kak Ana yang ‘gedik’

Dalam ramai-ramai guru, rasanya akak kita yang sorang ni memang lain dari yang lain. Dirinya dianggap ‘colorful’ dan jarang-jarang menunjukkan riak gusar atau sedih. Pengalaman menerbitkan majalah sekolah (Bestari) membuat hati ini terpanggil untuk menjemput beliau menyertai PSS. Ternyata memang beliau menginginkannya dan menunggu untuk dipelawa. Lantaran sikap ‘kegedikan’nya itu maka banyak pertolongan yang saya peroehi. Bekerja dengannya kita tidak akan terasa bosan kerana banyak cerita dan info ‘mesyuarat tingkap’ yang diperolehi. Apa yang penting Kak Ana sering menjadi tutor bahasa Inggeris secara tidak langsung kepada kami semua. Siapa pun tidak tahu bahawa beliau sanggup membawa anak dan suami ke PSS dan bersama-sama membuat ‘last touch’ pada sehari sebelum penilaian PSS dilakukan. Kami semula pulang hampir jam 10 malam. Itulah komitmen Kak Ana dan yang paling syok beliau turut menjamu seekor ayam panggang dan spageti untuk dikendurikan di PSS.

Pak Sheikh ‘Mr Colour’ berjiwa seni

Jiwa seni yang dimiliki oleh Cikgu Ashraf (Pak Sheikh) menjadikan PSS seolah-olah bersalin kulit. Siapa pun tidak akan menyangka apabila beliau dengan rela hati menawarkan diri untuk mengecat ruang utama PSS dan Bilik Tayangan. Dalam tempoh beberapa minggu, semua kerja siap dilaksanakan dan saya tidak menghadapi sebarang masalah dari aspek pemilihan tona warna kerana beliau lebih pakar tentang hal tersebut. Komitmennya hampir setiap petang memang mengharukan demi keceriaan dan kecemerlangan PSS. Meneruskan lagi kesinambungan komitmennya apabila beliau dengan rela hati mensedekahkan karpet bercorak geometri di ruang rehat guru. Terima kasih Pak Sheikh.

Mr Lai ‘cool’ dengan NILAMnya.

Saya betul-betul bersyukur menjadi GPM yang tidak perlu menguruskan Program NILAM. Hampir 7 tahun saya berhadapan dengan pelbagai karenah semata-mata untuk memastikan Program ini berjalan dengan baik. Namun hanya segelintir sahaja yang memahaminya. Di PSS SMKBSP, semuanya kelihatan mudah terutama dalam soal pengurusan NILAM. Dalam hal inilah saya tabik spring kepada Mr Lai yang sentiasa peka dalam mengira dan mengurus data NILAM yang sudah mencapai tahap cemerlang itu. Dalam kesibukannya sebagai orang kuat KOPERASI, beliau masih sempat meluangkan waktu apabila saya menginginkan data terkini tentang NILAM. Hubungan dan komunikasinya membuat kita terlupa bahawa Mr Lai adalah berbangsa cina. Alangkah bertuahnya SMKBSP.

Kak Som tetap ‘maintain’

Saya bersyukur kerana mempunyai seorang pembantu PSS yang cukup komited dengan tugasnya. Apabila menjadi GPM di sini, terasa seperti seorang ‘boss’ lebih-lebih lagi apabila memiliki pembantu yang cekap, berpengalaman dan amanah. Segalanya kelihatan mudah dan terurus dengan baik terutama berkaitan pendaftaran buku, disiplin pelajar dan keselamatan bahan PSS. Kak Som memainkan peranan yang proaktif untuk memastikan PSS terus cemerlang.

Inilah rahmat Tuhan yang tidak terhingga, lantaran rahmat itulah maka PSS SMKBSP akan terus cemerlang dan memainkan peranan yang cukup besar kepada seluruh warga sekolah. InsyaAllah.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: