jump to navigation

lnfo PSS

Info 13 Oktober 2008

Perhatian kepada finalis NILAM (Top 5)

Satu sesi temubual akan diadakan pada satu tarikh yang akan ditetapkan oleh setiausaha NILAM. Sila pastikan anda bersedia untuk sesi temubual bersama 2 buah buku (fiksyen dan bukan fiksyen).

Finalis yang berwibawa akan memenangi sebuah telefon bimbit Sony Ericson.

Harap maklum

—————————————————–

Info 12 Oktober 2008

Selamat menghadapi peperiksaan PMR 2008. Semoga anda beroleh kejayaan yang memberansangkan. InsyaAllah!

—————————————————

Info 10 Oktober 2008

Perhatian kepada semua pustakawan yang memiliki baju vest.

Sila hantar baju vest yang telah dibasuh kepada GPM PSS selepas peperiksaan PMR. Pustakawan yang ingin menggunakan semula bagi sesi 2009 boleh mengikat nama dan tingkatan di butang baju tersebut. Harap maklum.

—————————————————

Info 2 Oktober

Pelajar-pelajar yang telah menyertai peraduan anjuran PSS sempena bulan kemerdekaan boleh menyemak senarai pemenang di dalam Buletin PSS edisi terbaru mulai 3 Oktober 2008. Para pemenang boleh memberikan nama dan nombor kad pengenalan di kaunter untuk tujuan pemberian sijil.

Terima kasih atas sokongan anda

——————————————————————-

Info 16 September 2008

Pameran PSS (hasil pertandingan anjuran PSS sempena kemerdekaan) akan diadakan di ruang PSS bersebelahan Pusat Akses Sekolah. Pameran akan diadakan selama 3 minggu). Sejurus selepas itu pameran hasil kerja pelajar bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup dan Pend Seni Visual akan menyusul mulai 10 Oktober 2008. Pelajar-pelajar yang memiliki hasil kerja tersebut boleh menyerahkan bahan pameran kepada GPM PSS En Wan Sukeri.

————————————————–

Info 20 Ogos 2008

Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus menyiapkan PSS untuk penilaian PSS cemerlang.

Sekalung penghargaan buat warga BTPN (Puan Rosnah, En Talib, En Azizan) Warga PKG Gurun, Sg Layar, Bujang, Sungai Petani dan Kota Kuala Muda. 

Puan pengetua bersama barisan pentadbirnya,  AJK PSS, Ketua-ketua Panitia dan guru-guru yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penyediaan Rangkaian Sumber PSS.

Hanya Allah jua yang mampu membalasnya.

 

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: