jump to navigation

Pusat Sumber Sekolah SMK Bandar Sg Petani Kedah September 12, 2008

Posted by pssbandarsp in Uncategorized.
trackback

         Pusat Sumber Sekolah (PSS SMKBSP) berwadah sumber dan berinformasi untuk seluruh warga sekolah. Ianya merangkumi 70 Rangkaian Sumber (RS) yang terdiri daripada  5 unit utama iaitu Pusat Sumber Induk, Bilik-bilik Khas, Laluan Ilmu, Taman Ilmu dan Projek Khas. Merupakan PSS Cemerlang di negeri Kedah dan telah mewakili negeri Kedah dalam pertandingan PSS cemerlang pada tahun 2007 dan 2008. Hasil komitmen dan kerjasama semua pihak merealisasikan PSS sebagai pemangkin teknologi bestari. Lokasi sekolah adalah di Bandar Sungai Petani, berdekatan Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Muda Yan, berhampiran Hotel Swiss Inn, Sesayup mata memandang gedung beli belah Vilage Mall, Tesco dan Kedai kain Jakel. Silalah berkunjung ke PSS SMKBSP.

 

Visi PSS

Membudayakan teknologi pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Misi PSS

Menjadikan PSS sebagai pusat penyebaran ilmu dan maklumat yang boleh mengembangkan potensi pelajar di samping memainkan peranan sebagai salah satu badan yang merentasi kurikulum

Matlamat

Membentuk warga SMKBSP yang berilmu dan bersahsiah dengan menyediakan kemudahan dan perkhidmatan kelas pertama

ORGANISASI PSS

Pengerusi

Pn Hjh Hafsah bt L. Hussin (Pengetua)

Naib Pengerusi

Pn HJh Rusiah bt Nasruddin (PK 1)

Setiausaha

En Wan Sukeri b Wan Ibrahim (Guru Perpustakaan & Media)

Ahli Jawatakuasa

En Chew Kim Beng (PK HEM)

En Krishnamurthy a/l Suranna (PK Kokurikulum)

En Zakarial Ansar b Jabar (Pen Kanan Petang)

Ketua Bidang

Pn Noor Aini bt Saad (GKM Bahasa)

Pn Rahimah bt Ismail (GKM Kemanusiaan)

Pn Norlida bt Hashim (GKM Sains)

Pn Noorhayati bt Yusof (GKM Teknik & Vok)

Unit Pustaka

Pn Nizam bt Mat, Pn Rohana bt Husain, Pn Syh Munirah bt Syd Mohamad

Unit Bilik Tayang & Media

En Ashrof b Mohamed, En Wisam b Jaafar, Pn Maheswari

Unit Nilam

En Lai Chiang Wuu, Pn W Zubaidah, Pn Azizah,  Pn Hoe, Pn Khalijah, Pn Fazilah & Pn Fatimah

 

Objektif PSS

* Menyediakan sumber-sumber bagi kemudahan guru dan pelajar

* Menyediakan tempat untuk guru-guru merancang dan menghasilkan bahan

* Mengumpul, menyimpan dan mengedar pelbagai maklumat sama ada bentuk bacaan atau digital

* Membina program media untuk pengajaran dan pembelajaran khususnya berkaitan penggunaan ICT   dalam P & P

* Menyediakan perisian pendidikan untuk kegunaan guru dan pelajar

Perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Sumber Sekolah:

1. Pinjaman dan pemulangan buku secara automasi (S-Lib)

2. Membuat rakaman dan salinan CD / DVD

3. Khidmat nasihat pengkatalogan dan pencarian bahan (OPAC)

4. Pelbagai jenis majalah akademik dan bacaan umum dilanggan untuk pembaca

5. Khidmat nasihat untukmendalami dunia IT meliputi perisian Microsoft dan Adobe Photoshop

6. Penghasilan bahan secara digital dan analog meliputi Bahan Bantu Mengajar (BBM), laman web, blog, brosur dan pelbagai dokumentasi aktiviti sekolah.

7. Menerbitkan bahan bacaan hasil penulisan warga sekolah meliputi jurnal, buletin dan majalah sekolah (Bestari)

8. Pendaftaran bahan secara katalog berpusat – ia melibatkan seluruh bahan berbentuk buku dan bukan buku yang didaftarkan melalui sistem automasi.

WAKTU PERKHIDMATAN RASMI PSS

AHAD

(8.00 PAGI HINGGA 12.15 TENGAH HARI)

(2.00 PETANG HINGGA 4.45 PETANG)

ISNIN HINGGA KHAMIS

(8.00 PAGI HINGGA 1.00 TENGAH HARI)

(2.00 PETANG HINGGA 4.45 PETANG)

JUMAAT & SABTU – CUTI

 

Yang Menarik di PSS:

1. Sudut Karya besar (meliputi pelbagai buku tersohor negara dan dunia)

2. Sudut Arkib – Koleksi pelbagai majalah dan buku tahun 1950an seperti Majalah Filem

3. Sudut Tesis Guru

4. PSS ‘On Air’ – informasi PSS terkini

5. Sirkulasi berkomputer ‘S-SLib’

6. Paparan LCD berkaitan aktiviti PSS

7. Penerbitan pelbagai bahan meliputi Buletin PSS, Buletin Anjung Bestari, Jurnal Pendidikan dan sebagainya.

Apabila sekolah dianggap sebagai wadah Pusat Sumber secara tidak langsung mewujudkan komitmen yang lebih jitu daripada semua pihak. Oleh itu tidak hairanlah PSS SMKBSP sentiasa dilawati oleh pelbagai pihak.

Kami mengalu-alukan kunjungan anda.

Email kami di pssmkbsp@yahoo.com atau di talian 04-4216257

 

 

 

 

 

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: