jump to navigation

Aktivti PSS

Lawatan ‘Benchmark’ dari SMK Sg Kob Karangan Kulim.

Pada 19 Oktober 208, PSS menerima kunjungan dari AJK PSS SMK Sg Kob Karangan Kulim. Rombongan seramai 11 orang termasuk guru dan pustakawan. Ahli rombongan diberi taklimat tentang pengurusan PSS dan diikuti sesi soal jawab tentang aktiviti dan pelaksanaan program PSS. Seterusnya pelawat dibawa ke beberapa rangkaian sumber seperti surau, bilik kesihatan, teratak bahasa dan sebagainya. Semoga lawatan tersebut memberi makna dan kesan terhadap AJK PSS SMK SG Kob dalam melahirkan sebuah PSS cemerlang di negeri Kedah.

Sempena sambutan merdeka pelbagai aktiviti dilakukan oleh pihak sekolah termasuk PSS. Kami mengadakan pameran kemerdekaan, kuiz dan pertandingan menghasilkan kad ucapan merdeka. Sambutannya boleh tahan juga.

Penilaian PSS cemerlang peringkat kebangsaan

Setelah membuat pelbagai persiapan maka pada 5 Ogos 2008, dua orang penilai dari BPG dan BTP telah datang membuat penilaian PSS. Sesi pembentangan dilakukan oleh pengetua yang menceritakan kejayaan PSS dan impaknya. Sejurus selepas itu, panel penilai telah melihat dan menyemak pelbagai fail. Pendek kata berpeluh juga GPM, Pengetua, PK dan GKM menjawab pelbagai persoalan dari sebesar-besar soalan hinggalah beranak pinak. Penilaian yang berlangsung dari jam 9.00 pagi berakhir jam 5.00 petang telah meninggalkan banyak kenangan manis dan kelat. Bagi PSS, hasil penilaian yang dilakukan banyak memberi impak positif dalam usaha menambah baik fungsi PSS. Tahniah untuk semua warga sekolah. Sama-samalah kita berdoa agar hasilnya memberansangkan.

Pameran Warisan Seni

Pameran ini berlangsung seiring dengan Pameran Eksplorasi komputer. Tujuannya adalah untuk mendedahkan kepada warga sekolah tentang alat-alat tradisional baik bersifat peralatan, pakaian dan perhiasan. Apa yang menariknya barang-barang tersebut adalah hasil sumbangan guru-guru dan pelajar sendiri. Para pelajar juga boleh menyertai Kuiz Warisan Seni berdasarkan carian maklumat di Pusat Akses Sekolah.

    

Pameran Eksplorasi Komputer

Kita sering didedahkan dengan dunia komputer tetapi tidak ramai yang mengetahui komponen dan perisian di dalamnya. Menyedari hal itu, pihak PSS telah berusaha mengadakan pameran tersebut bersebelahan Pusat Akses Sekolah. Pelbagai komponen hardware dipamerkan bersama buku-buku yang berkaitan dunia komputer. Kuiz berkaitan komputer turut disediakan kepada pelajar yang berminat

Kursus Pengawas PSS

Sebagai salah satu aktiviti Semarak Ilmu, kursus ini diadakan sebagai pendedahan kepada sekumpulan pengawas PSS Tingkatan 6 Rendah dan Tingkatan 4. Kursus dijalankan oleh Encik Nasir dan Encik Sabri iaitu 2 orang guru praktikum IPDA (Bidang pengurusan PSS). Kursus yang bermula jam 8.00 pagi dirasmikan oleh pengetua dan antara isi kandungannya adalah berkaitan tanggung jawab pengawas PSS, proses teknik dan automasi S-Slib.

Program Semarak Ilmu PSS

Dalam usaha untuk mengimarahkan ilmu AJK PSS telah merancang beberapa aktiviti selama 2 bulan bermula 15 Julai hingga 16 September. Program yang dirasmikan oleh Penolong Kanan 1 memuatkan aktiviti pengayaan ilmu seperti Kuiz mata pelajaran tertentu, pameran pertandingan melukis, mengarang dan sebagainya. Program yang berlangsung selama 2 bulan ini sebenarnya adalah lanjutan daripada kejayaan Denyutan Nadi PSS yang diadakan pada semester 1.

PSS bersalin kulit menjelang bulan Julai

Bukan niat untuk bermegah atau menunjuk. Hasrat hati ingin menukar rasa ikan duri menjadi ikan tenggiri, itulah kiasan itulah harapan. Dalam hal ini banyak pekara yang berlaku di luar jangkaan. Ekspektasi dari pengetua dan ‘kegedikan’ beberapa AJK untuk menjadikan PSS lebih mantap telah mencorakkan jalur-jalur warna yang baru bukan sahaja di dalam ruang PSS tetapi turut melibatkan rangkaian sumber PSS yang lain. Oleh itu sepanjang dua bulan, suasana sekolah bagaikan ingin melangsungkan kenduri besar. Hasilnya ia memberi makna yang cukup signifikan, bukan untuk tatapan orang lain tetapi untuk faedah seluruh warga sekolah.

Pertukaran Pn Faridah (GPM PSS)

Sesiapa pun tidak mampu menolak takdir. Itulah yang terjadi kepada Puan Faridah yang terpaksa memohon bertukar ke SMK Aman Jaya selepas suaminya meninggal dunia. Biar pun beliau bersama AJKnya sedang bersiap sedia untuk menghadapi panel penilai PSS cemerlang peringkat kebangsaan, namun demi keluarga beliau terpaksa berkorban. Kehilangannya diganti dengan En Wan Sukeri sebagai GPM baru. Oleh itu banyak juga perubahan yang berlaku. Lebih-lebih lagi kerjasama pentadbir dan AJK PSS amat memberansangkan. Hasilnya PSS kini berada di kelasnya yang tersendiri.

Berkongsi kecemerlangan bersama Azali Azlan (pelajar cemerlang SPM 2007)

PSS dengan kerjasama unit kaunseling menganjurkan sesi pertemuan dengan pelajar cemerlang Azali Azlan yang bercerita tentang kejayaan dan penglibatan beliau dalam Program NILAM. Sesuatu yang menarik tentang tokoh pelajar ini adalah kepetahannya menyusun ayat dan memberi tips yang cukup bermakna kepada semua warga sekolah. Ternyata kunci kejayaan utama beliau adalah menjadikan ilmu sebagai santapan harian.

Kilauan NILAM berbaloi

Bagi sesetengah pihak mungkin program NILAM sudah tidak memberi makna atau mungkin mengabaikannya,  namun bagi kami di PSS SMKBSP, program ini masih relevan untuk meningkatkan tabiat gemar membaca dalam kalangan pelajar. Oleh hal yang demikian, pelbagai cara dlakukan untuk memartabatkan program ini. Antaranya ialah menyediakan ganjaran yang lebih berbaloi melibatkan pelbagai hadiah yang ditaja oleh beberapa pihak, antaranya barangan hamper, basikal dan hadiah utamanya ialah sebuah telefon bimbit Sony Ericson.

Denyutan Nadi PSS (14 Jan 2008)

Merupakan aktiviti pengenalan PSS kepada warga sekolah dan juga masyarakat sekitar. Antara aktiviti ialah pelancaran Progran NILAM, lafaz ikrar pengawas PSS, pameran buku, kuiz resensi buku dan jualan Buletin PSS (Vest). Program yang berlangsung selama seminggu mendapat sambutan yang menggalakkan dari warga sekolah.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: